Meninggal dunia Sulaiman_Daud

Pada 23 Mac 2010, Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa 8.10 pagi kerana sakit kanser hati. Dia dimasukkan ke unit rawatan koronari HKL pada pukul 12.30 tengah malam setelah mengadu sakit di rumahnya di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Lembaga Masjid Bahagian Kuching, Kuching, Sarawak. Jenazah dibawa balik ke Sarawak dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari pangkalan TUDM di Subang.

Turut menziarahi ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad , Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Datuk Seri Rais Yatim, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan lain-lain.[2]